Sentiasa Fokus

Wednesday, January 23, 2013

Ranking Universiti Malaysia 2013


Sekarang tibanya kita semua di tahun baru , ramai individu yang menanam azam dan merancang untuk memulakan sesuatu yang baru di tahun ini.

Tidak lupa juga kepada tahap dan taraf universiti di Malaysia. Masing - masing bertanding untuk meningkatkan ranking untuk menjadi menjadi universiti yang terbaik pada tahun ini. Perbezaan  ranking universiti adalah berdasrkan penyelidikan , tahap academic, pencapaian dan aktiviti yang dijalankan oleh universiti - universiti Malaysia.

Di bawah merupakan Top 5 ranking universiti untuk tahun 2013.

Website Pendidikan Saya

Sekarang sudah 3 tahun , saya berkecimpung dalam penghasilan website di internet . Saya lebih kepada menghasilkan website pendidikan yang memberi  informasi kepada para pelajar , guru dan mana - mana individu yang terlibat dalam arena pendidikan. Saya berharap website yang saya hasilkan dapat memberi manfaat dan informasi yang berguna kepada pelawat - pelawat website saya.

Di bawah merupakan laman web pendidikan yang saya telah hasilkan sepanjang 3 tahun.

 Pra Universiti


Website Pra Universiti lebih mengfokuskan  berita dan perkembangan tingkatan 6 . Pelbagai informasi tentang tingkatan 6 semasa seperti kokurikulum , akedemik , guru , & tip -tip kecermerlangan disediakan di laman web ini. Majalah Pra Universiti juga dihasilkan di website  untuk berkongsi info tentang perkembangan tingkatan 6 semasa.

Perkongsian maklumat di website ini membolehkan seluruh pelajar tingkatan 6  di Malaysia mengetahui berita semasa yang berkaitan tentang tingkatan 6.

Laman Sains


Laman Sains merupakan website yang berkongsi info tentang dunia sains  . Pelbagai berita sains yang menarik dan terkini dimuatkan dalam website ini. Nota sains & soalan sains yang terdiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah yang atas boleh didapati di laman web ini.

Website ini juga banyak menyampaikan informasi sains yang terbaru untuk individu yang ingin meneroka dunia sains.


Sejarah 6


Sejarah 6 merupakan laman web yang berkongsi info tentang sejarah Malaysia dan dunia yang terkini.Website ini memuatkan maklumat , gambar & nota sejarah untuk rujukan pelajar tingkatan 6  mencari maklumat tambahan tentang perkembangan sejarah semasa.

Berita terkini tentang sejarah semasa & rahsia sejarah dunia dibongkarkan dalam website


Sekolah@bachok.net


Website ini merupakan  laman web pertama yang saya hasilkan untuk semua kegunaan semua pelajar sekolah di daerah Bachok , Kelantan . Penghasilkan laman web ini bersama beberapa rakan  saya dengan kerjasama BIIT Professional Center. Website ini memuatkan informasi , gambar & berita semasa di daerah Bachok. Laman ini membolehkan pelajar , guru & individu yang di bachok berhubung , berbincang & mengemukakan pandangan serta berita menarik  tentang sekolah - sekolah mereka. 

Kini, website ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh BiiT Communication


Saya berharap website yang saya hasilkan dapat memberi manfaat & informasi kepada anda semua tentang perkembangan dunia pendidikan semasa.


Saturday, January 19, 2013

Sifat & Sikap Pelajar Cemerlang



Untuk berjaya dalam hidup , kita mesti berusaha. Mungkin itulah yang saya ingat dulu semsa pertama kali menjadi pelajar cemerlang.Jika nak dapatkan A di sekolah perlu ada motivasi dan usaha untuk mencapainya.Saya juga mengingatkan diri saya bahawa, apakah sebab saya dapatkan A.

Cepatnya masa berlalu , usaha -usaha daptlah juga menjadi pelajr cemerlang di sekolah menengah dulu.Itu pun last minute.Di akhir tahun tingkatan 4 baru insaf nak belajar., waktu tersebut juga saya berusaha untuk mencapai kecermerlangan.

Usaha - usaha daptlah jadi pelajar cemerlang di tingkatan 5...( walaupun dulu selalu dapat ranking last dalam kelas )

Di sini , saya senaraikan beberapa sikap pelajar cemerlang yang perlu ada dalam diri individu untuk cemerlang dalam pelajaran....

1.Sentiasa bermotivasi
2.Bijak mengurus masa
3.Yakin pada diri sendiri
4.Ada sebab untuk cemerlang
5.Mempunyai strategi
6.Rajin berusaha
7.Sentiasa beribadat
8.Sentiasa Bertanya
9.Ada matlamat

Friday, January 18, 2013

Website Pendidikan Malaysia

Sememangnya bidang teknologi maklumat berkembang maju di Malaysia. Tidak lupa juga perkembangan teknologi maklumat dalam media media pendidikan. Banyak wbsite - website yang dihasilkan telah memudahkan pencarian maklumat dan penyebaran maklumat semasa tentang pendidikan dapat disebarkan.

Di bawah saya senaraikan beberapa website pendidkan untuk memudahkan anda mencari maklumat tentang berita dan perkembangan dunia pendidikan.

ePutra

Terdapat banyak maklumat yang berguna dalam website ini, informasi pendidikan yang terdapat di website dari maklumat sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Dulu , laman ini merupakan laman web rujukan bagi saya semasa menjadi pelajar semasa saya di peringkat sekolah menengah bagi mendapatkan informasi terkini tentang dunia pendidikan.

MyUniversiti.com

Website ini lebih menfokuskan kepada IPTA dan IPTS Malaysia. Pelbagai perkembangan semasa tentang universiti - universiti di Malaysia terdapat di website ini .Anda juga boleh menghantar artikel  tentang apa yang berlaku di universiti anda di website ini untuk dikongsikan .

Pra Universiti

Website Pra Universiti lebih mengfokuskan  berita dan perkembangan tingkatan 6 . Pelbagai informasi tentang tingkatan 6 semasa seperti kokurikulum , akedemik , guru , & tip -tip kecermerlangan disediakan di laman web ini. Perkongsian maklumat di website ini membolehkan seluruh pelajar tingkatan 6  di Malaysia mengetahui berita semasa yang berkaitan tentang tingkatan 6.

Website - website yang saya nyatakan ialah selain daripada website kerajaan - Harris Anuar

Setahun Bersama Majalah Pra Universiti




Nampaknya sudah setahun edisi Majalah Pra Universiti dihasilkan oleh saya. Penghasilan Majalah Pra Universiti bermula awal tahun 2012 hingg ke akhir tahun 2012. Mungkin pada tahun baru ini , saya boleh meningkatkan lagi kualiti dan kandungan Majalah Pra Universiti.

Secara umumnya, Majalah Pra Universiti dihasilkan oleh saya  adalah untuk berkongsi maklumat & info tentang apa yang berlaku dalam tingkatan 6 seluruh Malaysia. Nampaknya di penghujung tahun 2012, hampir 4 edisi Majalah Pra Universiti yang telah saya keluarkan.

Berdasarkan penilaian saya, ramai juga pelajar tingkatan 6 yang telah memuat turun (download) Majalah Pra Universit edisi yang pertama hingga keempat. Saya gembira  dengan jumlah peningkatan muat turun setiap kali Majalah Pra Universiti diterbitkan di internet.

Saya berharap para pelajar dan guru tingkatan 6 seluruh Malaysia dapat menerima perkongsian maklumat yang saya sampaikan melalui Majalah Pra Universiti - Harris Anuar

Thursday, January 17, 2013

Jual Laman Web Di Flippa


Ni salah satu lagi cabang perniagaan internet yang tidak pernah saya terfikir pun dalam minda. Ada jugak perniagaan yang menjual website di internet, kepada individu yang minat buat website  macam saya mesti melihat ini sebagai peluang untuk meneroka perniagaan internet jenis ini.

Flippa.com adalah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk urusan jual beli website. Konsepnya  amat sama dengan ebay tetapi lebih fokus kepada menjual blog & website.

Kini sudah menjadi trend di negara barat untuk membeli website kerana mereka berpendapat membuat website & blog adalah satu perkara yang lapuk.Manakala , mereka yang mengenali Flippa telah mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan di Flippa.

E - Bay - Peluang Berniaga di Peringkat Antarabangsa


Salam kepada semua pembaca blog Cerdik Works.com, internet sememangnya luas dengan pelbagai jenis website yang bermanfaat untuk segala urusan harian kita. Banyak tips & pendapat yang dilontarkan dalam internet membolehkan kita mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

Begitu juga dalam bidang keusahawanan, peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan mereka boleh meneroka bidang perniagaan internet bagi meningkatkan jualan mereka .

E - Bay merupakan platform di peringkat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan menjual produk & service kepada usahawan internet yang ingin bergiat aktif di pasaran antarabangsa.

Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka yang ingin berniaga di E- Bay supaya menyertai seminar ataupun sekurang -kurangnya membeli e-book yang berkaitan di internet. Jangan main hentam aje.

Dulu, semasa saya pertama kali menjual produk di ebay, tiada apa pun yang terjual. Maklumlah pertama kali berniaga di peringkat antarabangsa , ilmu pun sedikit jadi tidak terjual lah produk saya.

Sebaik -baiknya kepada sesiapa yang ingin menjual produk atau perkhidmatan mereka di e-bay, saya sarankan belajarlah dulu, jangan terus jer terbang - Harris Anuar