Sentiasa Fokus

Tuesday, January 15, 2013

Rahsia Bill Gates Mengubah Dunia


Kalau tanya siapa dia Bill Gates mesti semua orang kenal kerana individu ini berjaya mengubah dunia & berjaya melihat masa depan pada usianya muda. Sedikit pengenalan tentang Bill Gates,Bill  Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu syarikat perisian  komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun bersama Paul Allen.

Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan jauh pada masa itu.

Bercakap seperti orang dewasa ketika berusia 9 tahun

Ketika masih kanak-kanak, Bill kelihatan biasa tetapi dari beberapa segi beliau amat berbeza. Pada usia ini juga rakan Bill mengiktiraf beliau sebagai luar biasa. Seorang rakan Bill mengimbas kembali,

“Dia tidak pernah merupakan seorang nerd atau si tolol atau jenis kanak-kanak  yang anda tidak mahu bersama dalam kumpulan anda. Kami tahu Bill lebih bijak dari kami.  Malah pada masa itu, ketika beliau berusia sembilan  tahun, beliau bercakap  seperti orang dewasa dan boleh bercakap dalam cara tiada seorang pun daripada kami faham“.

Ketika berusia 14 tahun, Bill telah menulis program pendek untuk dijalankan oleh komputer . Program permainan awal seperti Tic-Tac-Toe, atau Noughts dan Crosses ditulis dalam *BASIC .  Salah satu alasan Bill amat handal dalam pengaturcaraan (programming) ialah kerana ia berbentuk matematik dan logik.


Sejarah syarikat Microsoft 

Kini syarikat Microsoft dikenali di seluruh dunia , tahukah anda peristiwa yang menyebabkan syarikat Microsoft ditubuhkan.Lihat peristiwa di bawah .....

Pada suatu hari Paul Allen dalam perjalanan ingin melawat Bill. Paul terlihat terbitan terbaru Popular Electronics dengan muka hadapan gambar Altair 8800 . Komputer peribadi yang dijual sebagai kit. Paul dapat melihat ini mungkin permulaan komputer peribadi yang boleh didapati oleh setiap orang.

Paul bergegas ke rumah Bill yang ketika itu berusia 19 tahun dan berkata tentang peluang mereka untuk membuat perniagaan.

Syarikat yang membuat Altair ialah MITS. Pemilik MITS, Ed Robert memerlukan bahasa komputer yang mudah bagi Altair. Bahasa yang paling mudah ialah BASIC. Bill dan Paul memberitahu Robert  bahawa mereka mampu menyediakan versi BASIC bagi Altair. Pada masa itu Robert agak tidak percaya kerana tidak ada seorang pun sebelum ini pernah menulis BASIC pada komputer peribadi. Bill dan Paul bekerja siang dan malam untuk menyiapkan BASIC untuk Altair hanya dengan berpandukan gambar dan manual sahaja.

Ini merupakan permulaan kepada penubuhan syarikat Microsoft yang diketui oleh Bill Gates .

" Saya masih ingat memikirkan bahawa dia (Bill Gates) tidak akan mencapai apa- apa pun. Dia kelihatan seperti penggodam (hacker), nerd… dengan cermin mata, kelemumurnya, tidur atas meja… saya tidak nampak langsung masa hadapannya sejelas yang dilihatnya "

(Henry Leitner, rakan sekelas Gates di Harvard)

Jika anda melihat apa yang akan berlaku di masa depat rebutlah peluang tersebut , percaya pada diri anda yang benda itu akan berlaku..-Harris Anuar

0 comments:

Post a Comment