Sentiasa Fokus

Thursday, January 17, 2013

E - Bay - Peluang Berniaga di Peringkat Antarabangsa


Salam kepada semua pembaca blog Cerdik Works.com, internet sememangnya luas dengan pelbagai jenis website yang bermanfaat untuk segala urusan harian kita. Banyak tips & pendapat yang dilontarkan dalam internet membolehkan kita mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang kita hadapi.

Begitu juga dalam bidang keusahawanan, peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan mereka boleh meneroka bidang perniagaan internet bagi meningkatkan jualan mereka .

E - Bay merupakan platform di peringkat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan menjual produk & service kepada usahawan internet yang ingin bergiat aktif di pasaran antarabangsa.

Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka yang ingin berniaga di E- Bay supaya menyertai seminar ataupun sekurang -kurangnya membeli e-book yang berkaitan di internet. Jangan main hentam aje.

Dulu, semasa saya pertama kali menjual produk di ebay, tiada apa pun yang terjual. Maklumlah pertama kali berniaga di peringkat antarabangsa , ilmu pun sedikit jadi tidak terjual lah produk saya.

Sebaik -baiknya kepada sesiapa yang ingin menjual produk atau perkhidmatan mereka di e-bay, saya sarankan belajarlah dulu, jangan terus jer terbang - Harris Anuar

0 comments:

Post a Comment