Sentiasa Fokus

Wednesday, January 16, 2013

Ikon Perniagaan Internet Malaysia


Siapakah model perniagaan internet Malaysia , mesti anda kenal dengan individu yang bernama Irfan Khairi.Berdasarkan laporan media tempatan Irfan Khairi telah berjaya mencapai status jutawan internet semasa umurnya mencecah 25 tahun.

Ini merupakan sedikit sebanyak latar belakang irfan khairi, Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd . Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid.

Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja , beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.Selepas setahun beliau menumpukan kerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet.

Dalam masa tiga tahun beliau memperoleh untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun.

Kini, Irfan Khairi merupakan tokoh perniagaan internet Malaysia yang berjaya melahirkan ramai usahawan internet di Malaysia.

Terima kasih kerana membaca - Harris Anuar

0 comments:

Post a Comment