Sentiasa Fokus

Friday, January 18, 2013

Setahun Bersama Majalah Pra Universiti




Nampaknya sudah setahun edisi Majalah Pra Universiti dihasilkan oleh saya. Penghasilan Majalah Pra Universiti bermula awal tahun 2012 hingg ke akhir tahun 2012. Mungkin pada tahun baru ini , saya boleh meningkatkan lagi kualiti dan kandungan Majalah Pra Universiti.

Secara umumnya, Majalah Pra Universiti dihasilkan oleh saya  adalah untuk berkongsi maklumat & info tentang apa yang berlaku dalam tingkatan 6 seluruh Malaysia. Nampaknya di penghujung tahun 2012, hampir 4 edisi Majalah Pra Universiti yang telah saya keluarkan.

Berdasarkan penilaian saya, ramai juga pelajar tingkatan 6 yang telah memuat turun (download) Majalah Pra Universit edisi yang pertama hingga keempat. Saya gembira  dengan jumlah peningkatan muat turun setiap kali Majalah Pra Universiti diterbitkan di internet.

Saya berharap para pelajar dan guru tingkatan 6 seluruh Malaysia dapat menerima perkongsian maklumat yang saya sampaikan melalui Majalah Pra Universiti - Harris Anuar

0 comments:

Post a Comment