Jika sebut sahaja nama Steve Jobs , semua orang yang ada di dunia ini mesti mengenalinya .Beliau digelar bapa inovasi pada usia 65 tahun kerana menghasilkan banyak produk & teknologi yang baru dalam dunia teknologi .Walaupun beliau tidak berjaya menamatkan pendidikan di universiti , beliau mampu membuktikan kejayaan luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh individu - individu yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
Walau bagaimanapun, untuk membina kejayaan & syarikat yang berjaya di mata dunia , sememangnya ada banyak cabaran yang dihadapi oleh Steve Jobs. Steve pernah dibuang oleh syarikatnya sendiri & tidak mendapat sambutan dalam mencipta beberapa produk . Namun , prinsip - prinsip yang dipegang oleh Steve Jobs membuatkan beliau berjaya mengharungi segala cabaran & rintangan yang dihadapi olehnya.
Cuba anda nilai 7 rahsia kejayaan Steve Jobs :
1. Sentiasa buat apa yang kita suka
Seseorang tidak dapat menghasilkan
sesuatu melainkan sesuatu menginspirasikan dirinya sendiri. Katanya, "People with passion can change the world for
the better".Beliau juga mengatakan, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di
bawah impian seseorang". Jika anda masih belum menemui apa yang anda
suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".
2. Berikan kesan kepada dunia
Ini berhubungan dengan seseorang yang
mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak
dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus
mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan
inovasi.Prinsip inilah yang membolehkan Steve Jobs menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.
3. Menghubungkan idea & benda yang mencetuskan
kreativiti
Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu".
Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat
perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku
kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa
kepada penghasilan komputer pertama, Macintosh.
4. Katakan tidak kepada 1001 perkara
Kata steve, "Inovasi
terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu satu perkara.Prinsip ini membuatkan setiap produk yang dihasilkan oleh Apple adalah simple & mudah digunakan .
5. Wujudkan pengalaman dalam hidup pengguna
Syarikat Apple
sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk
sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan pengguna. Contohnya ialah
sebuah Apple Store yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000
pelanggan sehari.
Hal ini kerana Apple Store merupakan sebuah kedai yang tidak bersifat menjual produk sebaliknya , setiap pekerja diamanahkan untuk menyelesaikan masalah pengguna yang datang ke Apple Store.
6. Menguasai kemahiran berkomunikasi
Semua orang mempunyai idea yang hebat & bernas tetapi jika mereka tidak berjaya menyampaikannya dengan berkesan, idea itu hanya idea biasa.
Sentiasa berlatih berhari - hari menyampaikan idea dengan berkesan sekaligus membuatkan kita bersedia untuk meyampaikan idea kita dengan hebat.Gabungkan idea dengan visual dalam penyampaian kita membolehkan penonton atau penerima maklumat memahami apa yang kita sampaikan
Ini
merupakan teknik komunikasi yang digunakan oleh CEO Apple, Steve Jobs.
7. Jual impian, bukan produk
Pengguna tidak akan mempedulikan apa produk yang anda jual, mereka hanya pedulikan apa yang mereka dapat apabila membeli produk kamu.Bantu mereka mencapai keperluan & impian mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu
pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati
mereka.
Kini. ,individu yang luar biasa yang bernama Steve Jobs berjaya mengubah dunia dengan inovasi & kretiviti dalam setiap produk yang dihasilkan .Walaupun beliau telah meninggalkan dunia pada tahun 2011, namun prinsip - prinsip kejayaan telah beliau tinggalkan untuk kita semua bagi terus maju melakar kejayaan dalam hidup kita.
Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan hidup - Harris Anuar
0 comments:
Post a Comment