Sentiasa Fokus

Thursday, January 17, 2013

Teknik Menjual Di Mudah.my


Ok.....kalau nak cakap tentang Mudah.my memang banyak usahawan, peniaga , & mereka yang berjual beli dari seluruh Malaysia. Mana tidaknya website ini adalah website yang nombor 1 di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan untuk berjual beli.

Oleh itu, kepada mereka yang baru menceburi bidang perniagaan internet & ingin menjual produk fizikal , saya saranakan anda menjual di Mudah.my. Pelanggan di sini memang ramai , letak iklan ataupun produk terus diorang mesej atau call .Perniagaan internet sememangnya mudah untuk peniaga & usahawan internet kerana anda tidak perlu pergi keluar menjual di kawasan anda .

Satu info yang penting pelanggan akan mencari anda jika mereka ingin membeli produk anda...Senang kan

Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan mereka benar-benar mempercayai anda. Jangan sesekali menipu dalam berurus niaga di internet.Jika pelanggan dah bayar , pastikan hantar barang yang diorang beli.Maklumlah di Mudah.my juga terdapat beberapa kes penipuan yang berlaku.

Di sini saya sediakan beberapa tips untuk anda yang ingin menjual di Mudah.my


Masukkan gambar yang banyak

Walaupun gambar yang boleh dimasukkan di Mudah.my adalah 3 . Doublekan gambar tersebut . 1 gambar dapat memuatkan 3 hingga 4 imej

Produk harus mempunyai banyak info

Jangan bagi info yang sedikit, pelanggan ingin tahu tentang produk anda . Jika anda kekeringan idea , search di google tentang produk anda .

Beritahu sebab anda ingin jual

Ramai pelanggan bimbang tentang produk atau barangan yang dibeli oleh mereka di Mudah.my. Oleh itu pastikan anda meletakkab beberapa sebab anda ingin jual produk tersebut.Sekurang - kurangnya 2 -3 sebab.

Berdasarkan pengalaman saya menjual produk & barangan di Mudah.my, ramai pelanggan saya bimbang bahawa barangan mereka tidak sampai & risau mereka ditipu oleh penjual. Anda seharusnya jujur dalam melakukan aktiviti jual beli dengan mereka.

Saya akan bagi tips - tips menjual di Mudah.my pada hari - hari yang seterusnya - Harris Anuar


0 comments:

Post a Comment