Sentiasa Fokus

Wednesday, January 23, 2013

Website Pendidikan Saya

Sekarang sudah 3 tahun , saya berkecimpung dalam penghasilan website di internet . Saya lebih kepada menghasilkan website pendidikan yang memberi  informasi kepada para pelajar , guru dan mana - mana individu yang terlibat dalam arena pendidikan. Saya berharap website yang saya hasilkan dapat memberi manfaat dan informasi yang berguna kepada pelawat - pelawat website saya.

Di bawah merupakan laman web pendidikan yang saya telah hasilkan sepanjang 3 tahun.

 Pra Universiti


Website Pra Universiti lebih mengfokuskan  berita dan perkembangan tingkatan 6 . Pelbagai informasi tentang tingkatan 6 semasa seperti kokurikulum , akedemik , guru , & tip -tip kecermerlangan disediakan di laman web ini. Majalah Pra Universiti juga dihasilkan di website  untuk berkongsi info tentang perkembangan tingkatan 6 semasa.

Perkongsian maklumat di website ini membolehkan seluruh pelajar tingkatan 6  di Malaysia mengetahui berita semasa yang berkaitan tentang tingkatan 6.

Laman Sains


Laman Sains merupakan website yang berkongsi info tentang dunia sains  . Pelbagai berita sains yang menarik dan terkini dimuatkan dalam website ini. Nota sains & soalan sains yang terdiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah yang atas boleh didapati di laman web ini.

Website ini juga banyak menyampaikan informasi sains yang terbaru untuk individu yang ingin meneroka dunia sains.


Sejarah 6


Sejarah 6 merupakan laman web yang berkongsi info tentang sejarah Malaysia dan dunia yang terkini.Website ini memuatkan maklumat , gambar & nota sejarah untuk rujukan pelajar tingkatan 6  mencari maklumat tambahan tentang perkembangan sejarah semasa.

Berita terkini tentang sejarah semasa & rahsia sejarah dunia dibongkarkan dalam website


Sekolah@bachok.net


Website ini merupakan  laman web pertama yang saya hasilkan untuk semua kegunaan semua pelajar sekolah di daerah Bachok , Kelantan . Penghasilkan laman web ini bersama beberapa rakan  saya dengan kerjasama BIIT Professional Center. Website ini memuatkan informasi , gambar & berita semasa di daerah Bachok. Laman ini membolehkan pelajar , guru & individu yang di bachok berhubung , berbincang & mengemukakan pandangan serta berita menarik  tentang sekolah - sekolah mereka. 

Kini, website ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh BiiT Communication


Saya berharap website yang saya hasilkan dapat memberi manfaat & informasi kepada anda semua tentang perkembangan dunia pendidikan semasa.


0 comments:

Post a Comment